Surah Ali 'Imran

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُ ۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَـٰبِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًٔا ۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِينَ

Wa mā muḥammadun illā rasūl(un), qad khalat min qablihir-rusul(u), afa'im māta au qutilanqalabtum ‘alā a‘qābikum, wa may yanqalib ‘alā ‘aqibaihi falay yaḍurrallāha syai'ā(n), wa sayajzillāhusy-syākirīn(a).

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

📝 Nota Kaki
122) Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah SWT. Para rasul sebelum baginda telah pun wafat. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW juga akan wafat sebagaimana para rasul terdahulu. Ketika Perang Uhud sedang bergolak, tersebar berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah gugur syahid. Berita ini menimbulkan kekacauan dalam kalangan umat Islam sehingga ada yang berhasrat meminta perlindungan daripada Abu Sufyan (pemimpin kaum Quraisy). Sementara itu, orang munafik pula mendakwa bahawa sekiranya Nabi Muhammad SAW benar-benar seorang Nabi, sudah tentu baginda tidak akan terbunuh. Maka, Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menenteramkan hati kaum muslimin sekali gus menyanggah dakwaan orang munafik tersebut.

Semua Ayat 200 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.