Surah Al-Inshiqaq
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَـٰقِيهِ
Yā ayyuhal-insānu innaka kādiḥun ilā rabbika kadḥan fa mulāqīh(i).
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
📝 Nota Kaki
751) Manusia di dunia ini, sama ada disedari atau tidak, sedang dalam perjalanan menuju Tuhannya. Pasti dia akan menemui Tuhannya untuk menerima balasan atas perbuatannya yang buruk mahupun yang baik.