Surah Hud

وَلَمَّا جَآءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِىٓءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ

Wa lammā jā'at rusulunā lūṭan sī'a bihim wa ḍāqa bihim żar‘aw wa qāla hāżā yaumun ‘aṣīb(un).

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".

📝 Nota Kaki
360) Nabi Lut a.s. merasa gundah dengan kedatangan para utusan Allah Swt. itu kerana mereka menjelma sebagai pemuda yang tampan, manakala kaum Lut sangat menyukai pemuda-pemuda yang tampan untuk diajak melakukan hubungan seksual sesama jantina. Baginda merasa tidak mampu untuk melindungi mereka daripada gangguan kaumnya.

Semua Ayat 123 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.