Surah Yusuf
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍۭ بَخْسٍ دَرَٰهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا۟ فِيهِ مِنَ ٱلزَّٰهِدِينَ
Wa syarauhu biṡamanim bakhsin darāhima ma‘dūdah(tin), wa kānū fīhi minaz-zāhidīn(a).
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.
📝 Nota Kaki
367) Mereka bimbang Nabi Yusuf a.s. akan ditemui oleh keluarganya sehingga baginda akan terus diambil semula dan mereka tidak akan mendapat apa-apa. Oleh itu, mereka tergesa-gesa menjualnya walaupun dengan harga yang murah.