Surah Yusuf

وَقَالَ لِفِتْيَـٰنِهِ ٱجْعَلُوا۟ بِضَـٰعَتَهُمْ فِى رِحَالِهِمْ لَعَلَّهُمْ يَعْرِفُونَهَآ إِذَا ٱنقَلَبُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمْ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Wa qāla lifityānihij‘alū biḍā‘atahum fī riḥālihim la‘allahum ya‘rifūnahā iżanqalabū ilā ahlihim la‘allahum yarji‘ūn(a).

Dan (selepas itu) berkatalah Yusuf kepada orang-orang suruhannya. "Masukkanlah barang-barang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di kenderaan mereka, supaya mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali kepada keluarga mereka, dan supaya mereka datang lagi (ke negeri ini)".

📝 Nota Kaki
373) Menurut kebanyakan mufasir, barang-barang saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. yang digunakan sebagai alat penukar bahan makanan itu ialah kulit atau terompah (kasut). 374) Tindakan ini diambil sebagai satu siasat dengan cara menanam budi kepada mereka agar mereka nantinya bersedia untuk kembali lagi ke Mesir dengan membawa Bunyamin.

Semua Ayat 111 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.