Surah Sad
وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ أَهْلَهُۥ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنَّا وَذِكْرَىٰ لِأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ
Wa wahabnā lahū ahlahū wa miṡlahum ma‘ahum raḥmatam minnā wa żikrā li'ulil-albāb(i).
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
📝 Nota Kaki
656) Nabi Ayyub a.s. menderita penyakit kulit beberapa waktu lamanya. Baginda memohon kepada Allah Swt. untuk disembuhkan. Allah Swt. mengabulkan permohonan tersebut dan memerintahkannya untuk menghentakkan kaki ke tanah. Nabi Ayyub a.s. mematuhi perintah itu. Maka, keluarlah air dari bekas hentakan kakinya. Baginda mandi dan minum daripada air itu. Baginda pun sembuh daripada penyakitnya dan dapat berkumpul kembali dengan keluarganya. Mereka kemudian berkembang biak dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya. Pada suatu ketika, Nabi Ayyub a.s. teringat akan sumpahnya untuk memukul isterinya apabila baginda sembuh daripada sakitnya lantaran sang isteri pernah lalai mengurusnya ketika baginda masih sakit. Namun, timbul rasa iba dan sayang kepada isterinya sehingga baginda urung memenuhi sumpah tersebut. Maka, turunlah petunjuk Allah Swt. dalam ayat 44 bahawa baginda dapat melaksanakan sumpahnya tanpa perlu menyakiti isterinya, iaitu dengan memukulnya dengan seikat rumput.