Surah Yunus
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Huwal-lażī ja‘ala lakumul-laila litaskunū fīhi wan-nahāra mubṣirā(n), inna fī żālika la'āyātil liqaumiy yasma‘ūn(a).
Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
📝 Nota Kaki
349) Allah Swt. menjadikan kitaran harian putaran bumi sebagai penyebab berulangnya malam dan siang. Pada waktu malam, ketika matahari berada pada belahan bumi yang sebaliknya, suasana menjadi gelap dan sejuk sehinggakan ia amat sesuai menjadi waktu untuk berehat. Manakala siang hari yang terang pula amat sesuai menjadi waktu untuk melakukan aktiviti.