Surah Yunus

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمْسَ ضِيَآءً وَٱلْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Huwal-lażī ja‘alasy-syamsa ḍiyā'aw wal-qamara nūraw wa qaddarahū manāzila lita‘lamū ‘adadas-sinīna wal-ḥisāb(a), mā khalaqallāhu zālika illā bil-ḥaqq(i), yufaṣṣilul-āyāti liqaumiy ya‘lamūn(a).

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

📝 Nota Kaki
343) Allah Swt. menjadikan matahari dan bulan berbeza sifat fizikalnya. Matahari bersinar kerana memancarkan cahayanya daripada proses tindak balas nuklear di dalam terasnya, manakala bulan bercahaya kerana memantulkan cahaya matahari. 344) Pergerakan bulan mengelilingi bumi menyebabkan pantulan cahaya matahari oleh bulan berubah-ubah bentuknya, daripada bentuk sabit sehingga purnama dan kembali menjadi sabit semula, mengikut kedudukannya. Keteraturan tempoh bulan mengelilingi bumi dijadikan sebagai pengiraan waktu bulanan. Dua belas bulan adalah setara dengan satu tahun (surah at-Taubah/9: 36).

Semua Ayat 109 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.