Surah Ta-Ha
فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًا
Fa ta‘ālallāhul-malikul-ḥaqq(u), wa lā ta‘jal bil-qur'āni min qabli ay yuqḍā ilaika waḥyuh(ū), wa qur rabbi zidnī ‘ilmā(n).
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
📝 Nota Kaki
483) Nabi Muhammad s.a.w. dilarang oleh Allah S.W.T. daripada mengikut bacaan Jibril kata demi kata sebelum Jibril selesai membacakannya agar baginda dapat menghafal dan memahami betul-betul ayat yang diturunkan. Allah S.W.T. menjamin bahawa baginda akan mampu menghafal ayat-ayat yang diturunkan kepadanya.