Surah Ta-Ha
قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا۟ بِهِۦ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِّنْ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِى نَفْسِى
Qāla baṣurtu bimā lam yabṣurū bihī fa qabaḍtu qabḍatam min aṡarir-rasūli fa nabażtuhā wa każālika sawwalat lī nafsī.
Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".
📝 Nota Kaki
479) Menurut jumhur ulama, yang dimaksudkan dengan kesan rasul (jejak rasul) ialah kesan tapak kaki kuda Jibril a.s. Pendapat ini menjelaskan bahawa Samiri mengambil segumpal tanah daripada kesan tapak kaki kuda itu lalu melemparkannya ke arah patung anak lembu yang diperbuat daripada leburan perhiasan emas tadi sehingga patung itu mengeluarkan suara. Manakala sebahagian kecil mufasir berpendapat bahawa kesan rasul di sini ialah ajaran-ajarannya. Menurut kefahaman ini, Samiri mengambil sebahagian ajaran Nabi Musa a.s. kemudian meninggalkan ajaran-ajaran itu sehingga dia menjadi sesat.