Surah Ta-Ha
فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ ٱلْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُۥ فَغَوَىٰ
Fa akalā minhā fa badat lahumā sau'ātuhumā wa ṭafiqā yakhṣifāni ‘alaihimā miw waraqil-jannah(ti), wa ‘aṣā ādamu rabbahū fa gawā.
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
📝 Nota Kaki
485) Yang dimaksudkan dengan melanggar (perintah) Tuhannya di sini ialah melanggar larangan Allah S.W.T. kerana lupa atau tidak sengaja, sebagaimana disebutkan dalam ayat 115 surah ini. Manakala yang dimaksudkan dengan khilaf adalah mengikut apa yang dibisikkan oleh syaitan. Walaupun tidak begitu besar mengikut ukuran manusia biasa, kesilapan Nabi Adam a.s. sudah dinamakan melanggar kerana tingginya martabat Nabi Adam a.s. dan supaya menjadi teladan juga bagi para tokoh dan pemimpin agar menjauhi perbuatan yang terlarang, sekecil mana sekalipun.