Surah Ar-Rum
فِىٓ أَدْنَى ٱلْأَرْضِ وَهُم مِّنۢ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
Fī adnal-arḍi wa hum mim ba‘di galabihim sayaglibūn(a).
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
📝 Nota Kaki
580) Yakni dekat dengan negeri Arab, iaitu Syam (Syria) dan Palestin. 581) Bangsa Rom (pada ketika ayat ini diturunkan) ialah suatu bangsa yang beragama Nasrani (Kristian) yang mempunyai Kitab Suci, manakala bangsa Parsi yang beragama Majusi menyembah api dan berhala (musyrik). Apabila tersebarnya berita kekalahan bangsa Rom oleh bangsa Parsi, kaum musyrik Makkah menyambutnya dengan penuh gembira kerana mereka berpihak kepada kaum musyrik Parsi. Sebaliknya, kaum muslimin berduka cita kerananya. Ayat ini dan ayat yang berikutnya turun untuk menerangkan bahawa selepas kekalahan itu, bangsa Rom akan menang dalam masa beberapa tahun sahaja. Hal itu benar-benar berlaku. Beberapa tahun selepas itu, bangsa Rom berbalik mengalahkan bangsa Parsi. Dengan kejadian itu, nyatalah kebenaran Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul serta kebenaran Al-Qur'an sebagai firman Allah SWT.