Surah Al-An'am
وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ
Wa huwal-lażī ansya'akum min nafsiw wāḥidatin fa mustaqarruw wa mustauda‘(un), qad faṣṣalnal-āyāti liqaumiy yafqahūn(a).
Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
📝 Nota Kaki
254) Menurut sebahagian mufasir, apa yang dimaksudkan dengan "tempat menetap" (mustaqarr) ialah tulang sulbi bapa dan "tempat menyimpan" (mustawda‘) ialah rahim ibu. Ada pula yang berpendapat bahawa "tempat menetap" ialah permukaan bumi sewaktu manusia masih hidup dan "tempat menyimpan" ialah perut bumi (kubur) sewaktu manusia telah mati.