Surah Al-A'raf

وَسْـَٔلْهُمْ عَنِ ٱلْقَرْيَةِ ٱلَّتِى كَانَتْ حَاضِرَةَ ٱلْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِى ٱلسَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ ۙ لَا تَأْتِيهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ

Was'alhum ‘anil-qaryatil-latī kānat ḥāḍiratal-baḥr(i), iż ya‘dūna fis-sabti iż ta'tīhim ḥītānuhum yauma sabtihim syurra‘aw wa yauma lā yasbitūn(a), lā ta'tīhim - każālika - nablūhum bimā kānū yafsuqūn(a).

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

📝 Nota Kaki
292) Negeri dekat laut di sini ialah kota Eilah yang terletak di pantai Laut Merah, antara kota Madyan dengan Gunung Sinai. 293) Menurut aturan, mereka tidak dibenarkan bekerja pada hari Sabat kerana hari tersebut dikhususkan untuk beribadah. Aturan ini ditetapkan oleh Allah SWT kepada orang Yahudi bersesuaian dengan permintaan mereka. Mereka dilarang memancing ikan pada hari itu, tetapi sebahagian daripada mereka melanggarnya dengan cara yang licik. Mereka tidak memancing, sebaliknya menggali kolam supaya air masuk bersama-sama ikan ke dalamnya dan mereka menangkapnya pada hari berikutnya.

Semua Ayat 206 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.