Surah An-Nisa

لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَآ أَمَانِىِّ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ ۗ مَن يَعْمَلْ سُوٓءًا يُجْزَ بِهِۦ وَلَا يَجِدْ لَهُۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Laisa bi'amāniyyikum wa lā amāniyyi ahlil-kitāb(i), may ya‘mal sū'ay yujza bih(ī), wa lā yajid lahū min dūnillāhi waliyyaw wa lā naṣīrā(n).

(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.

📝 Nota Kaki
168) Menurut sebahagian ahli tafsir, perkataan "angan-anganmu" dalam ayat ini merujuk kepada umat Islam, namun ada juga yang meyakini bahawa perkataan tersebut merujuk kepada kaum musyrik. Maksudnya ialah pahala di akhirat kelak tidak mengikut angan-angan mereka, sebaliknya ditentukan mengikut ketetapan agama.

Semua Ayat 176 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.