Surah An-Nisa
وَإِنِ ٱمْرَأَةٌ خَافَتْ مِنۢ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَٱلصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ ٱلْأَنفُسُ ٱلشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Wa inimra'atun khāfat mim ba‘lihā nusyūzan au i‘rāḍan falā junāḥa ‘alaihimā ay yuṣliḥā bainahumā ṣulḥā(n), waṣ-ṣulḥu khair(un), wa uḥḍiratil-anfususy-syuḥḥ(a), wa in tuḥsinū wa tattaqū fa innallāha kāna bimā ta‘malūna khabīrā(n).
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
📝 Nota Kaki
171) Lihat maksud nusyuz daripada pihak isteri dalam catatan kaki Surah an-Nisā’ (4:34). Manakala nusyuz daripada pihak suami pula ialah bersikap kasar terhadap isterinya, tidak mahu menggaulinya, dan enggan menunaikan hak-haknya. 172) Contohnya, isteri bersedia untuk mengurangkan sebahagian daripada haknya asalkan suami mahu kembali berdamai dan berbuat baik dengannya. 173) Sudah menjadi tabiat semula jadi manusia untuk berasa berat hati melepaskan sebahagian daripada haknya kepada orang lain dengan penuh keikhlasan. Walau bagaimanapun, sekiranya isteri melepaskan sebahagian daripada haknya, suami dibenarkan untuk menerimanya.