Surah Al-Anfal
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمْ ۚ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ ۚ وَلِيُبْلِىَ ٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَآءً حَسَنًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Falam taqtulūhum wa lākinnallāha qatalahum, wa mā ramaita iż ramaita wa lākinallāha ramā, wa liyubliyal-mu'minīna minhu balā'an ḥasanā(n), innallāha samī‘un ‘alīm(un).
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
📝 Nota Kaki
308) Peristiwa ini berkaitan dengan Perang Badar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Beliau menceritakan bahawa ketika Perang Badar sedang berkecamuk, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Ali, "Ambilkan aku segenggam pasir!" Ali segera mengambil pasir tersebut lalu menyerahkannya kepada baginda. Kemudian, baginda melemparkan pasir itu ke muka para musuh sehinggakan tidak seorang pun yang matanya terselamat daripada terkena pasir itu. Oleh sebab itu, hancurlah mereka." (Riwayat at-Tabrani).