Surah Al-Anfal
۞ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَىْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُۥ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ ٱلْفُرْقَانِ يَوْمَ ٱلْتَقَى ٱلْجَمْعَانِ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Wa‘lamū annamā ganimtum min syai'in fa anna lillāhi khumusahū wa lir-rasūli wa liżil-qurbā wal-yatāmā wal-masākīni wabnis-sabīli in kuntum āmantum billāhi wa mā anzalnā ‘alā ‘abdinā yaumal-furqāni yaumal-taqal-jam‘ān(i), wallāhu ‘alā kulli syai'in qadīr(un).
Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
📝 Nota Kaki
312) Yang dimaksudkan dengan rampasan perang di sini ialah harta yang diperolehi daripada orang-orang kafir melalui pertempuran. Manakala harta yang diperolehi tanpa melalui pertempuran disebut fai‘. Pembahagian dalam ayat ini hanya berkaitan dengan ganimah sahaja. 313) Seperlima daripada ganimah itu dibahagikan kepada: 1) Allah Swt. dan Rasul-Nya, 2) kerabat Rasul (Bani Hasyim dan Bani Muttalib), 3) anak yatim, 4) orang miskin, dan 5) ibnusabil, iaitu orang yang sedang dalam perjalanan. Adapun empat per lima daripada ganimah itu dibahagikan kepada mereka yang ikut bertempur. 314) Hari bertemunya dua pasukan pada Perang Badar (Jumaat, 17 Ramadan 2 H). Sebahagian mufasir berpendapat bahawa ayat ini mengisyaratkan permulaan turunnya Al-Quran pada malam 17 Ramadan.