Surah At-Taubah

وَمِمَّنْ حَوْلَكُم مِّنَ ٱلْأَعْرَابِ مُنَـٰفِقُونَ ۖ وَمِنْ أَهْلِ ٱلْمَدِينَةِ ۖ مَرَدُوا۟ عَلَى ٱلنِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ

Wa mimman ḥaulakum minal-a‘rābi munāfiqūn(a),wa min ahlil-madīnati maradū ‘alan nifāq(i), lā ta‘lamuhum, naḥnu na‘lamuhum, sanu‘ażżibuhum marrataini ṡumma yuraddūna ilā ‘ażābin ‘aẓīm(in).

Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

📝 Nota Kaki
331) Kali pertama, mereka kalah kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam; dan kali kedua, kemunafikan mereka didedahkan oleh Allah SWT. Boleh juga diertikan bahawa azab yang pertama ialah azab dunia dan yang kedua ialah azab kubur, kerana ayat ini ditutup dengan penegasan tentang adanya azab akhirat (ṡumma yuraddūna ilā ‘ażābin ‘aẓīm).

Semua Ayat 129 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.