Surah Al-Anbiya
وَدَاوُۥدَ وَسُلَيْمَـٰنَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِى ٱلْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ ٱلْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَـٰهِدِينَ
Wa dāwūda wa sulaimāna iż yaḥkumāni fil-ḥarṡi iż nafasyat fīhi ganamul-qaum(i), wa kunnā liḥukmihim syāhidīn(a).
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
📝 Nota Kaki
491) Dalam peristiwa itu, Nabi Daud a.s. memberikan keputusan bahawa kambing-kambing itu hendaklah diserahkan kepada pemilik ladang sebagai ganti rugi atas kerosakan ladangnya. Walau bagaimanapun, Nabi Sulaiman a.s. memutuskan bahawa pemilik kambing mesti menanam semula ladang itu sehingga kembali seperti sedia kala. Pada masa yang sama, pemilik kambing wajib menyerahkan kambingnya untuk dimanfaatkan oleh pemilik ladang sehingga tanaman itu tumbuh semula.