Surah Al-Baqarah
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَـٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ
Wa iż faraqnā bikumul-baḥra fa'anjainākum wa agraqnā āla fir‘auna wa antum tanẓurūn(a).
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
📝 Nota Kaki
24) Allah SWT memberikan mukjizat kepada Nabi Musa a.s. dengan memberinya jalan untuk dilintasi melalui tersibaknya laut. Belum ada penjelasan ilmiah yang muktamad tentang mekanismenya. Boleh jadi, Nabi Musa a.s. dan kaumnya menyeberang melintasi celah teluk yang sempit tepat pada masa air laut surut maksimum akibat bulan purnama atau bulan baharu sehingga memunculkan daratan untuk dilintasi. Sekitar 6 jam kemudian, rombongan Firaun mengejar. Semasa berada di tengah-tengah, air laut mula pasang dan menenggelamkan mereka semua.