Surah Al-Baqarah

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ ۗ وَلِلْكَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Yā ayyuhal-lażīna āmanū lā taqūlū rā‘inā wa qūlunẓurnā wasma‘ū wa lil-kāfirīna ‘ażābun alīm(un).

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

📝 Nota Kaki
33) Rā‘inā bermaksud 'perhatikanlah kami'. Walau bagaimanapun, orang Yahudi memusingkan sebutannya sehinggakan menjadi ru‘ūnah yang bermaksud 'bodoh sekali' sebagai ejekan kepada Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, Allah SWT menyuruh para sahabat untuk menggunakan kata unẓurnā sebagai ganti kata rā‘inā kerana kedua-duanya mempunyai makna yang sama.

Semua Ayat 286 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.