Surah Al-Baqarah

۞ إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Innaṣ-ṣafā wal-marwata min sya‘ā'irillāh(i), faman ḥajjal-baita awi‘tamara falā junāḥa ‘alaihi ay yaṭṭawwafa bihimā, wa man taṭawwa‘a khairan fa innallāha syākirun ‘alīm(un).

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

📝 Nota Kaki
43) Yang dimaksudkan dengan syiar ialah simbol-simbol keagungan agama Allah SWT. 44) Sai bermaksud berjalan dan berlari-lari anak sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah. Ungkapan "tidak ada dosa" bertujuan untuk menghilangkan keberatan sesetengah sahabat untuk melakukan sai kerana Safa dan Marwah merupakan bekas tempat berhala. 45) Maksud Allah SWT mensyukuri hamba-Nya adalah dengan memberi pahala atas amalan mereka, memaafkan kesalahan mereka, menambah nikmat mereka, dan sebagainya.

Semua Ayat 286 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.