Surah Al-Baqarah

صِبْغَةَ ٱللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُۥ عَـٰبِدُونَ

Ṣibgatallāh(i), wa man aḥsanu minallāhi ṣibgataw wa naḥnu lahū ‘ābidūn(a).

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

📝 Nota Kaki
39) Sibgah Allah bermaksud 'celupan Allah SWT'. Maksudnya ialah iman kepada Allah SWT yang tidak disertai dengan kemusyrikan. Istilah tersebut digunakan kerana iman menyatu di dalam hati seperti menyatunya warna pada bahan yang dicelup, dan kesan celupan itu tampak pada pakaian sebagaimana kesan iman tampak pada diri seorang mukmin.

Semua Ayat 286 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.