Surah Al-Baqarah

وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Wa lillāhil-masyriqu wal-magrib(u), fa'ainamā tuwallū faṡamma wajhullāh(i), innallāha wāsi‘un ‘alīm(un).

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

📝 Nota Kaki
36) Wajah Allah (wajhullāh) boleh bermaksud 'Zat Allah SWT' atau 'keredaan Allah SWT', manakala yang dimaksudkan di sini ialah arah kiblat yang diredai oleh Allah SWT apabila seseorang tidak dapat menentukan arah kiblat atas sebab-sebab tertentu. Maksud ini tergambar dalam sebab nuzul yang diceritakan oleh ‘Amir bin Rabi‘ah r.a. Beliau berkata, “Kami menemani Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan. Tiba-tiba langit dilitupi awan mendung sehingga kami menghadapi kesulitan untuk menentukan arah kiblat. Kami pun solat dan memberikan tanda (pada arah solat kami). Apabila matahari terbit, kami menyedari bahawa kami telah solat tanpa menghadap ke arah kiblat. Kami melaporkan perkara ini kepada Rasulullah, lalu turunlah ayat ini.” (Riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi, dan at-Tirmizi).

Semua Ayat 286 ayat
Mula Membaca Hari Ini

Jadikan membaca Al-Qur'an sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Quran Today membantu anda meneruskan bacaan tanpa gangguan, dengan pengalaman yang mudah, cepat, peribadi, dan selesa.