Surah Al-Baqarah
يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّـٰىَ فَٱرْهَبُونِ
Yā banī isrā'īlażkurū ni‘matiyal-latī an‘amtu ‘alaikum wa aufū bi‘ahdī ūfi bi‘ahdikum, wa iyyāya farhabūn(i).
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
📝 Nota Kaki
19) Israel ialah nama lain bagi Nabi Ya‘qub a.s. Oleh yang demikian, Bani Israel merupakan keturunan Nabi Ya‘qub a.s. yang kini dikenali sebagai bangsa Yahudi. 20) Antara janji Bani Israel kepada Allah SWT adalah untuk hanya menyembah-Nya, tidak menyekutukan-Nya, dan beriman kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang termaktub di dalam kitab Taurat.